Pages

Monday, July 26, 2010

Contest Mrs. Teppei - menang dah...

gengggkapak menang - Top 3 'Contest Mrs Teppei'


*******************************

Contest Mrs. Teppei

closing 31 July 2020

more info, click HERE








adief anakku,
hingga ke hari ini, walaupun dah beratus-ratus keping gambar adief mummy ambil, beribu mungkin.. namun gambar yang satu ini benar-benar memberi sejuta makna lekat di hati mummy sebagai seorang ibu...

hari ke 3 adief dilahirkan, bacaan jaundice adief naik mendadak. mahu atau tidak.. kita ditolak masuk NICU. nampak tu.. tangan kanan adief yang berbalut tu.. ada jarum sepanjang 2 inci tertusuk di situ. meraung adief dicucuk kat dalam, mengalir air mata mummy mendengarnya di luar. bayangkan bayi berusia 3 hari, besar mana la sangat. mujur baba ada disisi menenangkan mummy. tak sanggup mummy saksikan apa yang mereka perlakukan pada adief. apa pun jua, mummy sedar.. itu semua demi kebaikan adief.

sayang,
alhamdulillah... kini pada usia 2 tahun setengah adief kian membesar sebagai anak yang sihat dan bijak. sudah bisa mengatur patah-patah bicara yang menghiburkan hati mummy tika lara bertandang. sudah pandai meminta apa yang dikehendaki. semakin lasak bergumpal dengan abang-abangmu. makan bersuap sendiri. minum ambil sendiri. mandi pun sendiri dah. mummy bersyukur sangat-sangat tiada sebarang masalah pada adief akibat jaundice tempohari.

sesungguhnya,
ketahuilah olehmu anakku.. mummy sayang kamoo..

1 comment:

  1. sedih pulak bace penyertaan yg ini. ape2 pn contest anda sdh di review. anda adlh peserta ke-5 =)

    ReplyDelete