Pages

Showing posts with label amazing moment. Show all posts
Showing posts with label amazing moment. Show all posts

Friday, March 18, 2011

dah mandi :-)



susah sangat tau nak ajak adek mandi
langsung mummy guna kuasa veto mummy
angkat jek adek g belik air
meraung la adek
mummy tak kira. janji adek mandi
see... kan comel dan wangi bila dah mandi :)




~ july 2010 ~

taknak mandi



ada masa kan.. susah betul nak ajak adek g mandi. ada jek meroyannya. kali ni.. duk leka tengok tv. mummy nak mandikan... taknak!


~ july 2010 ~

kuda



mummy belikan adek baby seekor haiwan peliharaan. kuda. seekor kuda plastik warna biru. mummy beli kat pasaraya sakan dekat dengan tempat mummy keje dulu. murah jek. rm17.90 kot kalau tak silap mummy la. adek happy main dengn kuda. sampai atas sofa adek tunggang kuda. sebbaik tak jatuh tergolek ke bawah... hihihihi!!!






~ 29/07/2011 ~

rama-rama



adeeb buat rama-rama kat sekolah. 2-3 hari jugak adeeb usung rama-rama tu pergi balik sekolah. adeeb buat rama-rama dari kertas, kemudian diwara dan digunting mengikut bentuk rama-rama. lalu ditampal pada batang lidi.

sebenarnya, ada lagu rama-rama tu. mummy dah lupa dah.. kalau tanya adeeb sekarang pun adeeb dah lupa jugak.. kene tunggu adek baby sekolah tadika dan belajar apa yang adeeb belajar baru boleh ingat balik lagu tu...


~ 23/07/2011 ~

Sunday, March 6, 2011

adief in action





adek beraksi.. kemain lagi menyanyi. siap amik berus gigi.. kekunun microfon la tuh!



~ july 2010 ~

adek dan botol susunya lagi..



adek dan botol susunya.. memang tak dapat dipisahkan..



~ 18/07/2010 ~

setiap pagi...



rutin mummy setiap petang. balik dari kerja terus pergi ke rumah makyong amik anak-anak mummy. kadang-kadang mummy sampai, semua dah siap. kadang-kadang belum lagi. kadang-kadang mummy sampai anak-anak mummy dah keluar meronder keliling kamping naik basikal. mummy pun tunggu la sampai anak-anak mummy puas bermain...



~ 14/07/2010 ~

Monday, February 28, 2011

dataran putrajaya

baba ikut papa gi mancing kat kelong. kita lepak la kat rumah papa. takkan nak duk memerap kat rumah jek kan.. sian la kat kita...




malamnya tu takde menda nak buat.. kita ramai-ramai g jenjalan kat dataran putrajaya. penuh satu kete mummy... hihihi!!! ramainya orang kat situ.




kita tengok-tengok ikan.. hhmm.. nampak ke?? nampak la sesikit dalam gelap tu..




takde la lama sangat pun duk kat dataran putrajaya tu. kejap jek. lagi pun kita pergi dah nak tengah malam...



~ 10/07/2010 ~

@ sekolah agama




mummy g sekolah agama rakyat amik report card boboy. mummy jumpa ustazah. ustazah cakap boboy ok dlam pelajaran cuma banyak main-main. suka kacau kawan-kawan dalam kelas.
boy...
please.. takmo main-main lagi kat sekolah. boboy dah besar. kene la kurangkan sikap main-main ni. kalau nak main-main jek.. takde maknanya mummy & baba hantar boboy ke sekolah tau.. sekolah tu kantemapt mencari ilmu. ambik peluang yang ada sebaik mungkin. jangan bazir masa.
mummy taknak anak mummy menyesal kemudian hari
lagi pun, ini jek yang mampu mummy bekalan untuk boboy..



~ 08/07/2010 ~

@ teluk batik lagi...



the next day,
pagi ada acara sukaneka. ada adeeb menang.. ada yang tidak. tapi biasa la sekolah adeeb.. menang kalah sume ada hadiah. acara untuk ibu bapa pun ada. mummy tak masuk pun. tengok jek. tapi, mummy dapat gak hamper lucky draw. bagi-bagi ngan mak. tengah-tengah sukaneka tu, adek baby sibuk ajak mandi laut.. huhuhu!!! sian anak-anak mummy tak puas mandi laut kan.. nanti la.. ada rezeki kita g mandi laut lagi yer.. mandi puas-puas...




lambat jugak la gerak balik. berjam jugak tunggu dalam bas. duk tunggu cikgu adeeb bersiap la.. tak boleh tunggud alam asrama sebab pukul 12 dh kene kosongkan asrama. sabar jek la.. tak kisah la kan janji tak tunggu tengah panas. kita sampai dah malam gak la. sampai jek.. baba pun sampai gak. kita g makan kat kedai zainudin depan tu jek.. lapar. bas tak benti makan...



~ 04/07/2010 ~

@ teluk batik

kita g rombongan sekolah tadika adeeb ke teluk batik. tahun sebelum ni ke melaka. hanya adeeb jek yang pergi. mummy suh mak pergi temankan adeeb. mummy malas.. hihihi!!
so, tahun ni.. amik peluang semua pergi kecuali baba. tempat baba ganti dengan mak la.. dah baba tak pergi.. harus kita joint naik bas. seronok sikit. ye la.. kita kan jarang merasa naik bas...




pagi-pagi lagi baba dah hantar ke sekolah. naik bas kat depan sekolah jek.. anak-anak mummy sume happy dapat naik bas.. :P adeeb pilih duk ngan kenkawan adeeb kat belakang. abang boboy duk sendiri. adek baby mesti la duk ngan mummy kan....




hampir sejam bas bergerak, semua nak-anak mummy dah tertidur. ye la.. pagi tu kan masing-masing bangun awal....




kalau tak silap dalam pukul 11 lebih kita sampai pekan lumut. sape yang nak masuk pulau pangkor, boleh la.. kita tak.. lagipun mummy risau tak dapat kontrol anak-anak mummy masa naik feri ke pulau pangkor sendirian. kalau baba ada tu.. lain la... hhmm.. walaupun mak ada, takkan mummy nak lepas tangan dan harapkan kat mak..




first time kita jenjelan ngan mak kan... kita pusing-pusing... ronder-ronder kat pekan lumut. mummy ngan mak sesiap beli stok ikan bilis, ikan masin, sotong kering bagai lah! mak la yang banyak borong pun.. mak belanja boboy baju sempena boboy dapat  markah cemerlang dalam peperiksaan. adeeb & adek baby mak belanja mainan sorang satu.. hihihi!!!




sementara menunggu yang lain habis bershopping, kita lepak kat taman sebelah tu. redup sikit. lagi pun kalau duk kat area kedai2 tu, anak2 mummy ni lasak la.. kangtah hape yang diusiknya. lpeastu.. merengak nak itu nak ini. tu sume buat mummy hot jek taw. kalau dah dapat satu puas hati.. tak pe gak. ni, nampak yang lain dah nak yang itu pulak.




tak lama pun menunggu. kejap jek bas dah nak gerak ke tempat penginapan. mana yang masuk pulau pangkor, bas datang amik petang nanti la..




kita duk asrama biasa jek. takde de nk merasa duk chalet. mummy cam tak puas hati gak la sebab ada yang dapat chalet. tak kisah la kene bayar lebih kan.. tapi.. apsal la cikgu tak inform awal. mummy ingatkan semua sama jek duk asrama. bila mummy rqst nak chalet, cikgu mintak extra lagi rm250. ajer gilerrr... hhmmm.. baik mummy duk teluk batik resot blkg tu kalau kene bayar bnyk gitu. takat chalet biasa.. ala.. chalet pak man tu jek laaa..




petang mandi laut jap.. lepas tu jenjalan kt apatah tempat belakang asrama. malam ada aktiviti makan-makan, karaoke dan beberapa game la.. adeeb masuh acara bacaan Al-Fatihah.. alhamdulillah.. adeeb dapat no. 2. tak sesia mummy amalkan adeeb baca surah Al-Fatihah setiap malam sebelum tido. selain adeeb fasih, adeeb tak gentar pun.. abang boboy pun dapat tempat ke 2 dalam acara kerusi berirama. adek baby?? xder nombor.. sebab takde acara utk adek baby... :P



~ 03/07/2010 ~

@ kodai bundle





malam tu, lepas beli barang kat pasaraya, singgah kedai bundle
baba memang suka tengok-tengok baju bundle ni
sebbaik ada bangku, boleh gak duduk
takde la penat sangat tunggu baba membelek
anak-anak mummy, cam biasa la.. macam-macam ragam ada
lagi orang tegur jangan main benda tu..
eh.. lagi korang main.. sabar jek la mummy...



~ 01/07/2010 ~

Sunday, February 27, 2011

report card



mummy dan baba g sekolah amik report card boboy
kene la jumpa cikgu kelas
so far, komen cikgu... bab pelajaran boboy takde masalah
cuma boboy macam pahat la..
tak ketuk takmo jalan
banyak memain dalam kelas
suka khayal dalam dunia sendiri
kalau orang lain cikgu bagi 10 soalan latihan
boboy cikgu terpaksa bagi 15 soalan
sebabnya.. boboy cepat siap.. lepas tu duk kacau kenkawan yang belum siap




boboy,
boboy ingat tak apa yang selalu mummy pesan?? rajin buat latihan. rajin ulangkaji pelajaran
mummy tak punya harta dan wang ringgit yang bisa mummy bekalkan pada boboy
hanya ilmu di dada sahaja yang mampu mummy beri
kalau boboy tak latih diri untuk berdisiplin dalam pelajaran, siapa lagi..
hanya boboy sahaja yang boleh merubah diri sendiri
takkan nak mummy sentiasa bising2.. berleter.. tentu boboy fedap kan..
boboy abang yang tua
boboy yangakan jadi contoh pada adik-adik
mummy harap... anak mummy akan menjadi seorang insan yang berguna dan berjaya
mummy sayang kamoo...



~ 01/07/2011 ~

adek dan botol susunya






adek dan botol susunya memang tak dapat dipisahkan
mulut adek sentiasa akan bersumbat ngn botol susu
tak kura la boto susu masih ada isi atau pun dah kosong
hhhmm.. mummy suka tengok cara adek pegang botol susu
unik!



~ 27/06/2010 ~

sarapan





bangun pagi demam adek kebah dah sikit
mummy buat sarapan biasa-biasa jek
sekadar nasi goreng utk alas perut anak2 mummy
abang adeeb pun sarapan sama ngan adek



~ 26/06/2010 ~

Saturday, February 19, 2011

adek demam


adek demam
adek tak sihat
kaki adek sejuk
mummy pakaikan stokin


walaupun demam
adek masih ceria
mampu beri senyuman kat mummy
eh! itu sengehan lah!


satu tentang adek
kalau tak sihat, adek tak banyak ragam
mummy bersyukur sesangat
mummy sayang adek tau!



~ 25/06/2010 ~

adam & adeeb





~ 19/06/2010 ~

Sunday, February 13, 2011

sama



anak manja mummy 2 beradik ni..
sama jek style tidonya..
camne abang tido, camtu gak adek tido..
tapi,
sorang toleh kiri, sorang lagi toleh kanan :)



~ 19/06/2010 ~

ais pop beku



ni semua pengaruh tengok kepten oso
beriyer-iyer abang adeeb suh mummy buat
kepten oso buat ngan jus oren
kita buat ngan ovaltine jek.. :P
sebab stok sunquick dah habis... hihihi!!!




 anak-anak mummy happy..
mummy puas hati




tengok adek.. layan betul makan ais pop beku



~ june 2010 ~

abang dan adek



abang adeeb dah boleh diharap pakaikan baju adek. lepas mummy mandikan adek.. pakaikan CD, abang adeeb mintak dia pakaikan adek baju sendiri. bagusnya anak mummy ni... sambil sarungkan seluar adek, mata tu tetap ke arah tv :)




lepas pakaikan adek seluar, pakai baju pulak yer..
siap!




dah siap... apa lagi
bergumpal la 2 beradik ni
(^_^)


~ 14/06/2010 ~