Pages

Tuesday, April 6, 2010

berkhatan

alhamdulillah
selepas ditangguh beberapa kali
akhirnya terlaksana sudah tanggungjawap baba pada adam
bukan sengaja ditangguh-tangguhkan
cuma baba taknak paksa adam
kalau ikut mummy.. memang sah kene paksa punya
mak ngan opah selalu bising
bila la nak sunat adam ni.. dah besar
tapi,
baba tak nak adam fobia
tu pasal tunggu sampai adam betul-betul sedia
anak bujang mummy ni.. penakut sesangat
selumbar tercucuk di tapak kaki pun..
meraung 1 kampung pasir dengar tau..

mummy tau
masa ni adam nerves sesangat
adam takut kan
tapi, adam kene kuat.. semua orang lelaki wajip sunat
kalau adam tak nak sunat sekarang, akan datang kene sunat gak
lagi malu tau
dah besar panjang baru nak sunat

kasihnya baba pada adam
bagi kata-kata semangat
supaya adam tak takut
adam big boy
baba yang teman adam masuk

tengok tu.. adeeb nakal tau
curi-curi dengar apa yang berlaku kat dalam
adam meraung ketakutan
adam nak tau..
camne adam meraung, camtu la mummy
cuma takde la mummy meraung gajah cam adam tu
mummy nangis tau
mummy sedih dengar anak mummy nangis
mummy hiba dengar anak mummy panggil mummy
mintak tolong kat mummy
kalau boleh mummy nak masuk dalam
tapi, mummy takde pilihan
ini adalah kewajipan seorang lelaki
macamana sekali pun adam kene hadapi juga


sekejap je masa berlalu
anak yang senang kelahirannya - Allah Maha Besar
anak yang dulu menangis legat dalam hari
anak yang suka bangun tengah malam menyusu 2-3 kali
anak yang debab
anak yang taknak sangat kat mummy
anak yang asek jatuh sampai benjol
anak yang lambat bercakap
anak yang selsema tak hilang-hilang
anak yang selalu demam
anak yang suka makan tepung dari nasi
anak yang kaki bangku
anak yang terang hatinya
anak yang cepat mengenal huruf & angka
anak yang suka membaca
anak yang taksub pada gajet IT
anak yang baba & mummy sayangi
dalam perjalanan ke alam remaja
selamat datang ke alam baru anakku




~ 10/12/2009 ~

No comments:

Post a Comment